How to earn MONEY for college students

Assalammualaikum and Hyezz Uollszz

So post kali ini ditulis khas buat awak awak di luar sana yang memerlukan duit di zaman belajar ini Yesss i faham sangat bila kita dah masuk Uni ni, rasa banyak sangat nak kena pakai duit kan. Tak macam zaman sekolah dulu. Zaman tu kita rilek je minta duit kat parents (tak salah pun sebab kita masih muda remaja agogo lagi time tu. Hiks) tapi bila dah besar dah masuk uni ni rasa macam segan jugak la kan nak minta duit, Especially kalau duit tu kita nak pakai beli barang-barang yang kita nak tapi tak perlu pun sebenarnya. I faham sangat sebab everytime shopping time study dulu mesti menyesal. Macam whyyyyy i beli whyyyyyyy.

But because I ni jenis yang suka bershopping dan berlimited edition, I sedar diri (huwahuwauwa). What i did was i kerja PART TIME. YEAAAHHH.. ($$$$$$$). So mesti korang tertanya-tanya kan macam mana nak dapat duit masa study ni. FYI, masa I degree dulu, I amik pharmacy so trust me my class was pack ke pack pack dari 9am sampai la ke 5pm. HARI HARI OKAYY! Tapi I anggap benda tu sebagai cabaran dan yes Alhamdullilah I masih diberi rezeki untuk at least dapat la duit pendapatan sendiri.

So here tips for uolls macam mana nak earn

NUMBER 1 (Jeng Jeng Jeng)

Untuk awak-awak yang memang tak sempat nak keluar rumah atau keluar asrama langsung, I will suggest for u guys to do DROPSHIP BUSINESS. Okay wait apa tu DROPSHIP ?

Dropship ni adalah dimana awak tidak perlu pegang barang ( no need to find supplier) dan anda tidak perlu pergi pos barang. Simple as that. TAPIII APA YANG PERLU adalah anda mesti lah mempunyai BANK ACCOUNT. Simple kan?

Tak payah keluar bilik pun dah boleh earn money okay.

So korang boleh search mana-mana business yang memerlukan ahli dropship. Banyak sangaaat sekarang business yang memerlukan agen-agen dropship.

Apa kelebihan dropship?
- Tak perlu pegang barang/ambil barang dari supplier
-Tak perlu keluar modal
-Tak perlu Postage

Haaa contohnya la korang nak jual kasut. Bila jadi ahli dropship ni. Company tu akan bagi harga borong. Contoh diorang jual pada awak RM10. So awk jual pada customer RM25. So RM10 tu awk bagi balik pada supplier dan RM15 tu awak punye. Simple kan?

So untuk company dropship yang I will suggest will be Juanpablo Dropship. Korang boleh carik kat Instagram juanpablo2u ataupun korang boleh whatsapp terus 017-3998476.

Selamat BERNIAGAAAAAAA

NUMBER 2 (La  La La)

Pada korang yang mempunyai kereta.. Haaa ni satu lagi korang boleh buat untuk dapatkan income lumayan

JADI PERSONAL TUTOR/ CIKGU TUITION

I dulu pernah kerja dengan tuition centre. They paid me RM30 per hour. So bayangkan my class was only for 2 hours. Since i ajar seminggu dua kali, i manage to get hampir RM500 per month. Ajar je diorang kat kelas and bagi latihan. For me sangat berbaloi dan tak penat.

Korang boleh bandingkan RM30 per hour compare to kerja part time yang RM4.50 per hour. Haa mana satu lagi mudah? Korang decide sendiri yaa. Hehe

Kalau korang lagi rajin, Boleh iklankan sendiri private tuition datang ke rumah. Haa korang charge la RM50 sejam atau dua jam. Depends on masing2 macam mana. Kemon la korang student Uni student Kolej semua educated okay. Boleh punya mengajar budak UPSR. Hehe

NUMBER 3 (HU HU HU)

Pada yang suka mengambil kesempatan haaa time ni korang nak asah bakat uoolss. Untuk student-student uni ni korang kena pandai adapt pada situasi. So target market korang adalah student.

Student
- Kuat Makan
-Cepat Lapar
-Berlambak Assignment
-Cepat Ngantuk

Haa so apa lagi, kat uni korang tu korang letak la sosej ke nugget ke sandwich ke air mineral ke gula-gula ke kat kelas korang. Lagi advance letak yang semua student akan access tempat tu kat uni. Tapi make sure masih tak melanggar peraturan uni. Tapi apa yang I pernah observe adalah pagi2 kawan i akan goreng sosej ataupun buat sandwich and letak kat depan kelas.

LICIN BEB. HABIS. YELAA budak-budak ni kadang2 tak sempat breakfast. Dah lapar beli je apa ada. Haaaa berbaloi kot. Tak dapat banyak sikit pun jadi la duit haritu dh dapat. Simple kan?

Pada yang ada mesin printer or photostet tu pun SILA SILA la mengambil kesempatan. Charge macam harga koperasi. Tapi benefit korang boleh print kat bilik je. Tak yah beratur2 kat koperasi. Nice kan? So ingat PANDAI AMBIL KESEMPATAN!! (In a good way okay).

NUMBER 4 (UHUK UHUK)

Jadi la driver uber or grab car. Tapi boleh jadi a bit susah for student kadang-kadang sebab ada customer boleh minta sampai hantar dari KL ke Kuantan sana. Habis lee kalau mcm tu. Tapi ramai je student uni sekarang yang jadi uber or grab car. Especially student area2 KL Selangor ni. Every day mesti ada customer. Well, korang boleh try dulu sebulan or dua bulan and tengok macam mana. Kena tak dengan daily life korang. Kalau okay silaaa teruskan. Mana tahu tergrab jodoh. La la la

So iolls harap dapat la membantu korang yang nak cari duit lebih2 masa belajar. But sesiapa yang jadual dia x pack tu contoh Isnin kosong, kelas weekend je. Kelas malam je. Sila2 la kerja kat giant or tesco or mana2 kat luar sana. Sebab tu kelebihan korang dapat kelas x full so boleh earn lagi banyak sebenarnyaaa.

Till then,
Najwa Syahirah

Comments

Popular posts from this blog

Running on my little toes